Wednesday, August 31, 2011

Khamis hari ini hari raya ketiga. Pagi raya pertama bersembahyang di Mesjid Negara. betul kata Sofian (komentator dan pengatur jadual perlawanan paintball my npl), hari raya ni penuh dgn bakal pengundi PRU13. Dari 10,000 yang yang bersembahyang raya (seperti lapuran astro awani, TV3 kata ada 15000 so kita mbik yg sikit), susah nak cari cari muka melayu malaysia. Lebih senang cari menteri kabinet, timbalan menteri dan mantan mantan menteri. Kalau nak ambik gambar dengan menteri buat modal nak tampal ke facebook, tahun depan raya jangan balik kampung, raya di Kuala Lumpur. Yang pasti kalau Dato Seri Najib jadi PM lagi, dan Dato Hisham jadi menteri lagi kedua dua nya akan ada disana pasal makam ayahanda mereka disemadikan di Masjid Negara.. 

2. Lepas sembahyang dan meredah kesesakan (hebat penghijrah ke Malaysia ni semua naik kereta sendiri) di sekitar masjid negara, anak yang bongsu bisik, "ayah, Lapar". Nak balik rumah jauh lagi, so melilau sekitar KL cari kalau kalau ada tempat makan yang dibuka. Cuba nasib di kampung baharu. Sampai Jalan Raja Alang, kedai Nasi Padang dekat 7 Eleven buka,. Alhamdullilah. Order Nasi putih tiga, ayam 3 ketul, pucuk ubi masak lemak, gulai tunjang, daging dendeng 1. Order air 3. Pasal sedap dan lama tak makan nasi siang bungkus tiga jenis lauk, daging dendeng, sotong 2 ketul dan tunjang. "kira bang"..mak aihh bil sampai RM80. Breakfast yang paling mahal sekali setakat ini. Patut lah penghijrah penghijrah di Malaysia ni kaya kaya. Ni pulak lepas diputihkan bertambah kaya lagi lah. Komen abangS yang baru lepas membayar (agaknya dia ni pun terkena juga), "kau tengok la..mana ada lagi orang asal kampung bharu kat sini, abis dah, penuh dgn indon ni saja kat sini". Saya senyum saja, agaknya dia ni orang asal kampung  baharu ikut gaya gayanya.

3. Singgah sekejap dirumah kawan lama masa bujang bujang, di Jalan 4, Sungai Baru, Kpg baharu. Nama sebenar Raden Soenarno nama glamor Wak Ireng. "Engkau ni kalau aku mati belum pasti datang"..hehe sorry wak kg baharu ni jauh sangat dari selayang. Selepas borak borak dgn segelas air gas F&N, anak anak dapat duit raya beransur pulang.

Moral of the story, kalau ada kampung balikla kampung. Di masa depan kurangkan balik kampung sebab bila balik kl nanti rumah rumah anda akan di diami oleh pendatang dgn izin atau tanpa izin sebab dari 2 juta pendatang yang diputihkan baru baru ini kalau 10% memang baka tak elok bercampur baka tempatan yang tak elok, kampung baharu ker selayang ker boleh jadi jakarta, Dakka ataupun Ho Chi Min City

No comments: